Wednesday, 11 September 2013

Rahsia Kebaikan buah lemon


Nak tau petua yang paling mudah untuk merawat kulit berjerawat?? Amalkan minum air yang dicampur dengan hirisan lemon.Jika suka boleh dicampur ketulan ais, sebaik-baiknya diminum tanpa gula. Jika habis diminum jangan dibuang lemon tu, gunakan untuk disapu dimuka sebelum mandi.InsyaAllah mujarab..sebab apa??? sebab saya sendiri yang mengamalkannya dan masalah kulit saya sangat-sangat berkurangan. Jerawat saya semakin hilang yang tinggal cuma parutnya saja. Selain itu ia sesuai untuk membuang toksin dan lemak-lemak dalam badan .

Bukan setakat itu saja, buah lemon juga sesuai sebagai agen pencuci. Masukkan beberapa keping dalam bekas basuh pinggan mangkuk dan lihat hasilnya. Jika inginkan tandas yang bersih dan berbau harum cuba lah gosok pada dinding bilik air. Apa yang pasti lemon ni bebas dari bahan-bahan kimia seperti bahan pencuci yang kita biasa gunakan.

Buah lemon mahal? ya memang mahal tapi ada alternatifnya. Tanam lah sendiri pokok tersebut kerana pokok lemon sangat mudah ditanam dan berbuah lebat. Saya sudah menanamnya anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment